My Life Without You.......

Istimewa buat semua insan yang ku sayangi...



MAMA....BAPA....



ABANG LONG...ABANG JIE...KAK YANG...ADIK AIMAN..



PENDAMPING HIDUP KU...SAHABAT-SAHABATKU...



apa pun coretan di dalam blog ku ini...



semua nya adalah kisah hidup kita semua....



ketahuilah...



aku menyayangi kalian semua...



my sweet life

Wednesday, October 20, 2010

student rupanya aku???

asigment consumer behavior 2 memang sangat m'cabar diriku..
aku ingatkan aku je rasa mcm tu..rupanya member2 yg lain pun rasa yg sama juga..
bukan main letih g kami semua....dah la proposal asyik kena reject je..wat malu tul..hehe..akhirnya hari rabu kena approve juga proposal group aku..What khamis???oh my God isnin depan dah kena hantar???itu la yg b'main di fikiran kami masa tu..(agaknye la kot, pandai2 je aku baca fikiran orang lain)hehehe...maknanya kami ada 3 hari je lagi untuk settle kan semua kerja..JUMAAT,SABTU & AHAD...mampus la...so kami cepat2 bincang apa kena buat..so hari jumaat kami edarkan questionnaire..nasib la budak2 umskal ni sporting,walaupun masing2 busy ngan asignment, tapi diaorang luahkan juga masa utk jawab questionnaire tu..bagus!!!
Then sabtu, dr jam 10 pagi until 4 petang kami bertapa kat libaray utk siapkan kertas kerja...tgok la aksi2 group aku ni...





di awal nya   

pas tu kami berahli tempat pla...ketua kata nak privacy la kununnya...senang nak discuss..huhu..

saat semua dah mula serius & kebingungan
dekat jam 4 petang semua pun dah keletihan..mana lagi ngan rasa laparnya..so ketua benarkan semua balik & rehat dulu..sambung kerja masing2 kat bilik...lepas tu, hari ahad kami b'kumpul lagi balik untul serahkan kerja masing2..tapi rupanya ada bnyk benda g kami nak siapkan..so, aku,ziemah,ari & theva ambik keputusan untuk berjaga kat menara utk siapkan asigment tu..malangnya xde wireless pla kat menara..aku ngan ziemah p tgok kat cafe sebelah library..fuhh..selamat,ada wireless kat sana..then kami pun  siapkan keja kat cafe tu..walaupun kami tgl b'4 ja..tapi memang x boring la..macam2 je gelagat kami nak siapkan kerja tu..hehe..then bila aku dah boring..mcm besa la..hobi aku..take picture...hehe..

ah..ni la kerja aku..hehe
at last, tepat jam 3.45 pagi..siap juga kerja kami..dalam keadaan yg letih..kami pun b'sama2 balik p rumah masing2(rumah kat kal la maksud aku..hehe) masa ni..aku betul2 rasa letih..masa ni gak la aku baru terasa yg aku ni student U rupanya...hahahah....

eh tunggu dulu...lum habis g ni...ada lagi...ni pla masa kami nak p print out..sempat wat editing g jap kat sana..hehe 

sorry nitthia...gmbr belakang je..hehe

apa2 pun..thankz to all my member group..at last kerja kita siap juga..kalo bukan akmu semua, tak kan siap kerja yang di buat saat2 genting ni..hopefully kita akan bekerjasama lagi sem depan...hehehe....Alhamdulilah...THANKZ MY GROUP OF CONSUMER BEHAVIOUR...

Wednesday, October 13, 2010

Kangen Band - Kau Tipu Aku
























betapa remuk jantungku
kau tipu aku
kau tipu aku


betapa sakit hatiku
kau buang aku
kau buang aku


ku tatap langit yang hitam
saat menanti malam
kau pun tak kunjung datang


kau buat gelap pelangi
lalu kau datang lagi
membuat luka ini


kau jangan mencoba untuk di sini
kau jangan mencoba untuk kembali
bila kau di sini

biar ku yang pergi

kau tlah ingkari semua janjimu
kau tlah ingkari semua sumpahmu
sudah usai sudah cerita tentang kita


jangan pernah kau di sini
jangan pernah kau kembali
jangan pernah kau di sini
aaaaa


betapa remuk jantungku
kau tipu aku
kau tipu aku



Tuesday, October 12, 2010

Alif Satar - Cukup Indah (lirik)

CUKUP INDAH............

aku telah terkecewa....wuawuawua...

hari ini...hari pertama aku single kembali...
ni la pa yang sering dikatakan..
'ku sangkakan panas sampai ke petang,tapi hujan juga pagi-pagi'
aik..macam ada salah ckit  tau ayat aku tu...
lantaklah..yang penting maksud dia lebih kurang...

aku sendiri sebenarnya apa yang aku rasa sekarang ni...
aku macam mau nangis tapi macam susah..
tapi aku tau hati aku sebak...
nasib bek ada kawan2 yg sentiasa ada di sisi aku..
yang membuatkan aku boleh t'tawa girang walau pun aku sedih sebenarnya...




all of my friends with me


thankz to all my friends,
namun aku tau aku perlu lakukan sesuatu supaya aku tak terus hanyut di bawa oleh perasaan duka ku ini,





TIP ATASI MASALAH PUTUS CINTA



1. FEEL YOUR FEELINGS
Lagi banyak kamu fikir mengenai keburukannya, lagilah kamu terseksa. Jadi, fikirlah yang baik-baik sahaja. Apa kata kamu manulis? Luahkan rasa!

2. MOVE ON!
Sudahlah kamu ditipu, kemudian ditinggalkan pula disebabkan kekasih baru. Sudah-sudahlah tu, jangan diingat cerita lama. Teruskan hidup kamu.

3. GUNAKAN EMOSI
Apabila rasa sunyi , emosi sering terganggu! keluar! jangan bersendiri. Walaupun tanpa kekasih tersayang, bersama teman mungkin lebiih seronok.

4. BUANG SEMUA KENANGAN
Kuatkan semangat. Padam nombor telefon, sorok segala gambar, simpan segala pemberiannya. Out of sight , out of mind. Bukan musnahkannya, cuma ia salah satu cara kamu tidak melihatnya setiap hari.

5. FUN! FUN! FUN!
Tulis semua aktiviti. Apabila sedih dan sunyi datang, pilih satu aktiviti. Ini salah satu cara untuk membantu kamu lupakna kenangan sedih walaupun untuk seketika harimu bakal terisi sepenuhnya. Lupakan dia!

6. JATUH CINTA LAGI !
Apabila sudah sedia, atur langkah. Rancang temu janji bersama teman paling istimewa. Jangan tergesa-gesa , kamu akan tahu apabila tiba masanya.

7. BELAJAR DARIPADA KESILAPAN
Apa punca kamu berpisah? Elakkan tragedi “Pisang berbuah dua kali” Dari mana datangnya punca itu? Kaji sebabnya dan usah ulangi silap serupa.


DAN perkara yang paling penting sekali adalah



banyakkan lah berdoa, berzikir & baca ayat2 Quran untuk ketenangan jiwa..
INSYA-ALLAH....

Saturday, October 9, 2010

hati si gadis & wanita...


Wahai insan yang bernama lelaki...
kadangkala..sememangnya wanita itu sangat sukar difahami..
kadangkala..sememangnya wanita itu sangat sukar dihadapi..
namun ..satu anugerah sekiranya diri mu di cintai seorang insan yang bernama wanita..
cuba lah selami isi hatinya..
kerana kamu lah insan yang paling bertuah jika berjaya menakluk hatinya...


Tips Menawan Hati Wanita

Kaum wanita sering mengelirukan kerana mereka sendiri keliru tentang apa yang mereka inginkan daripada lelaki. Selalunya mereka (wanita) tahu apa yang mereka tidak mahu. Ditanya di mana mereka ingin makan, jawapan lazim orang perempuan ialah “Tak tahu. Ikut suka you” dan kemudian mereka tahu apa yang mereka tidak mahu apabila cadangan diberikan oleh teman lelaki mereka.



Lelaki: “KFC?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Carl’s Jr?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Then?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you” dan perbualan ini balik ke asal.



Dan orang lelaki pula sering terperangkap dalam dilema ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menawan dan menggembirakan hati wanita.



Sebenarnya untuk memikat wanita tidaklah sesukar mana. Jangan kelirukan diri dengan memikirkan perkara yang sukar. Ikutilah tips mudah dari GUA untuk menawan hati wanita; tidak sesukar yang anda sangkakan.



Jadi Diri Sendiri
Lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita terutama wanita cantik, sesuatu harus dilakukan untuk membuatkan dia kagum denganmu. Sebagai contohnya, anda tidak menjadi diri anda, sebaliknya menjadi lelaki yang anda rasa wanita suka. Lantas, anda bertutur dengan tertib sehingga membosankan dan melakukan perkara-perkara yang diharapkan oleh wanita seperti buka pintu kereta, tarik kerusi sebelum dia duduk dan sebagainya. Kalau semua yang anda lakukan ini perkara biasa yang memang anda ingin lakukan, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika anda lakukan sekadar untuk membuat dia terpikat, berhenti! Wanita lebih gemarkan lelaki yang ori atau dalam erti kata lain, lelaki yang jadi diri dia sendiri.



Kawal Keadaan
Mungkin anda rasakan jika wanita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal keadaan, mereka akan suka. Logik anda ialah jika anda membuat dia rasa bahawa dia telah berjaya memikat dirimu, dia akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana wanita suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan pastikan dia tahu yang dia pilihanmu dan bukan sebaliknya. Anda telah memilih dia dan dia harus gembira dengan hakikat itu.






Bijak Meredakan Ketegangan
Wanita paling benci berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berdiskusi tentang apa-apa isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Biarkan wanita dengan emosi mereka dan mereka inginkan anda meredakan ketegangan yang ada. Isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan serba salah merebak kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan pada dia yang anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Jika anda matang mengawal ketegangan, wanita akan tertarik kepadamu.






Imej Nakal
Imej budak baik atau anak emak tidak popular di kalangan wanita kecuali di kalangan ibu mereka. Wanita lebih tertarik kepada imej lelaki nakal. Jangan berpakaian umpama nak pergi temuduga apabila berjumpa dia. Biar anda kelihatan sedikit selekeh tetapi seksi, biar renungan anda meremangkan bulu roma dia, biar kerlingan anda membuat dia rasa teruja.










Selamba dan Selesa
Perasaan gementar, kalut, gelabah pada orang lelaki tidak digemari wanita. Mereka lebih menggemari orang lelaki yang selesa bersama dengan mereka, yang boleh berborak, berjenaka, berkongsi cerita, mendengar masalah mereka. Biarkan wanita yang gementar ketika ingin bertemu dirimu, biarkan dia yang gelabah dan berdebar-debar apabila berhadapan denganmu. Apabila anda cool dan selesa apabila bersamanya, anda nampak seksi sekali.






Jangan Gopoh
Apa-apa pun yang ingin anda dilakukan, jangan lakukan dengan gelojoh. Relaks, ambil masa dan sabar. Buat-buat macam anda tidak terdesak langsung dalam hidup. Wanita tidak gemari lelaki yang beriya-iya bagaikan tiada hari esok. Praktikkan kesabaran ini dalam semua aspek hidup anda, ketika makan terutamanya.






Yakin
Tiada apa yang lebih menarik daripada seorang lelaki yang cukup yakin dengan dirinya. Elakkan terlebih yakin pula. Jangan teragak-agak atau sering tidak pasti dalam membuat keputusan. Jika wanita anda tidak tahu ke mana nak makan, perbualannya harus begini.



Lelaki: “Mana nak makan?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you”
Lelaki: “Carl’s Jr.”
Perempuan: “Ok” (mungkin dia tidak suka tetapi kerana anda yakin, dia akan ikut dengan hati yang rela kerana keputusan telah dilakukan dan anda bertanggungjawab ke atas keputusan itu)